alt text

Pertanyaan Lazim

Sebarang soalan lazim dan jawapannya juga terdapat di sini.

Tekan sini
alt text

Pemegang Pajak Gadai Berlesen

Pinjaman yang paling tinggi mengikut harga emas pasaran, tempat yang paling selamat bagi sandaran anda. Mudah dan Pantas!

Tekan sini
alt text

Tentang kami

Anda mesti tidak dikecewakan jika anda melanggani kedai kami. Kualiti Perkhidmatan Perniagaan Kami!

Tekan sini
alt text

Lokasi Kami

Kami berada di Pekan Changlun, Daerah Kubang Pasu, Jalan Lebuhraya Bukit Kayu Hitam. Singgahlah sekiranya anda pergi ke Thailand.

Tekan sini

Pertanyaan Lazim

1. Apakah pajak gadai?

Pajak Gadai merupakan sandaran barang yang bernilai, seperti Barangan Kemas untuk mendapatkan wang tunai dengan segera. Barangan anda boleh ditebus kembali dengan bayaran faedah bulanan yang tidak melebihi 2% dan amaun pinjaman yang dikeluar kepada anda pada masa pemajakgadaian.

2. Barang apa yang boleh disandar?

Kami menawarkan pinjaman bagi:
- Barang Kemas Emas gred 24K, 23K, 22K, 18K - 9K (999, 916, 875, 850, 750, SOASA)
- Barang Mewah seperti jam tangan dan pen (bersijil & resit beli).

3. Siapakah yang boleh memajak?

Pemajak gadai yang layak, hendaklah:
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Mana-mana kewarganegaraan.
- Satu dokumen pengenalan yang sah seperti MyKad, Pasport, Permit Kerja, atau Kad Pegawai Dagang untuk pengesahan.

4. Bagaimana saya memajak barang emas saya?

Sila klik di sini untuk Contoh Surat Pajak

5. Berapakah caj bulanan?

Kami mengenakan bayaran faedah bulanan tidak melebihi 2% sebulan ke atas jumlah pinjaman. Caj Pengendalian RM0.50 bagi setiap surat pajak yang dikeluarkan.

6. Berapakah tempoh pinjaman?

Pinjaman diberi tempoh 6 bulan

Contoh: Tarikh Pajak: 20 Januari 2012 --------Tarikh Luput: 19 Julai 2012

7. Bilakah saya boleh menebus barang saya?

Anda boleh menebus barang anda pada bila-bila masa dalam tempoh sandaran 6 bulan. Anda juga boleh lanjutkan tempoh dengan bayaran faedah yang dikenakan. Tempoh lanjutan seterusnya juga 6 bulan, tiada had sekiranya faedah yang dikenakan dibayar.

8. Bagaimana saya menebus item saya dan berapa kos tebus dikenakan?

Menunjukkan Surat Pajak Asal/Asli dan dokumen pengenalan diri kepada wakil pelanggan kami. Kami akan menentukan jumlah kos tebus tersebut. Setelah pembayaran telah dibuat, barangan yang digadai akan dikembalikan kepada anda ON THE SPOT.

9. Adakah selamat barang sandaran saya?

Barang gadaian anda dilindungi dengan menggunakan sistem keselamatan terkini. Bilik Kebal yang concrete dan memenuhi segala peraturan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kami memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa barang gadaian mereka akan dikendalikan dengan penjagaan yang baik dan selamat. Safety-Box dalam Vault/Strong Room (Bilik Kebal) yang sudah dilindungi dalam insuran agensi jika terdapat sebarang kes kehilangan / kecurian / Bencana Alam.

10. Adakah barangan gadaian saya diinsuranskan?

Ya. Jika sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, seperti rompakan, pecah rumah, bencana alam atau kecurian, Syarikat Insuran akan membayar anda 25% lagi nilai sandaran. (Amaun pampasan yang perlu dibayar adalah tertakluk kepada hak pemegang pajak gadai untuk menolak jumlah pinjaman dan keuntungan yang perlu.)

11. Apakah kelebihan Pajak Gadai Berlesen seperti Pajak Gadai Bonus Sdn Bhd?

1. Cepat, Mudah & Pantas.
2. Barang Gadaian dijamin keselamatannya dan berinsuran.
3. Tidak akan disenarai dalam CCRIS atau CTOS, sepertimana yang diperlakukan oleh Bank.
4. Perkhidmatan mesra dan boleh dibincang.
5. Tiada pemeriksaan kredit dan sebarang kerumitan.
6. 100% bersistem komputer dan tandatangan/cop jari tidak diperlukan.
7. Tidak langsung mempunyai dokumen perjanjian bercagar yang banyak.
8. Boleh tambah nilai atau turun nilai dalam tempoh gadaian.
9. Lebihan hasil lelongan dikembalikan kepada penggadai (jika ada)
10. Tempoh Gadaian yang lebih lama dan boleh dilanjutkan tempoh tiada had.
11. Kadar faedah tidak melebihi 2% yang murah dan tetap.
12. Tiada paksaan turun nilai sekiranya harga emas turun mendadak.

 

Maklumat Tambahan

Pajak Gadai Bonus Sdn Bhd bukan sekadar Kedai Pajak Gadai yang biasa. Kami melancarkan Program Keahlian VIP sejak bulan Jun 2012. Pelanggan yang menggadai melebihi RM10,000.00 dan ke atas dengan kami akan menjadi Pelangan VIP secara automatik. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami tentang kelebihan kad VIP.


Kelebihan memiliki Kad VIP ini ialah:-

(1) Proses gadaian yang diutamakan dan lagi cepat dengan pengimbasan kad VIP.

(2) Berpeluang berurusan di dalam bilik VIP yang sulit & persendirian.

(2) Berhak mendapat harga istimewa/pinjaman maksimum yang boleh dirunding.